Manfaat Bonus

Sebagai pengguna simkad Tone Excel anda layak menerima banyak manfaat antaranya:

1. BonusTop-up sebagai pengguna. (Cash Back)
Bonus ini diperolehi melalui top-up yang anda sebagai pengguna membeli setiap kali anda perlukan topup. Dalam bajet anda berapa ringgit anda top-up sepanjang sebulan? Contohnya, Ahmad memerlukan top-up RM 40.00 hingga RM 60.00 setiap bulan. Jadi sebagai pengguna simkad Tone Excel Ahmad akan menerima 3% daripada keseluruhan jumlah top-up sebulan. 
Kiraannya: RM 60.00 x 3/100 = RM 1.80
Perhatian: RM 1.80 yang Ahmad akan perolehi ini akan dikumpulkan. Statement kiraan ini boleh dirujuk melalui self-care Tone Excel. Pastikan anda mengupdate nombor akaun anda di dalam profile self-care tone excel anda. Rujuk halaman "LOG IN SELF-CARE" jika anda belum mengupdate di sana. jika tidak anda tidak dapat merasa bonus ini. 

2. Bonus top-up dari pengguna lain (Downline anda).
Seperti penerangan awal, Tone excel bukanlah program Multy Level Marketing. Namun sistem piramid masih digunakan sebagai kiraan komisen atau bonus yang diberikan oleh syarikat sebagai perkongsian keuntungan antara syarikat kepada pengguna. Bonus ini diberikan kepada pengguna yang bertindak memperkenalkan dan mengajak pengguna lain (menaja) menggunakan simkad ini. Level penerimaan komisen / bonus top-up ini hanya terhad kepada tiga level sahaja. 

Merujuk gambar di sebelah, setiap kali mereka top-up tidak kira berapa lama mereka setia dengan simkad itu, setahun hingga bertahun-tahun kita akan memperoleh komisen top-up tersebut dan yang paling penting mereka tidak perlu menghubungi kita untuk dapatkan top-up ini, kerana mereka boleh dapatkan top-up dimana mereka suka.
Perhatian: Jumlah komisen / bonus top-up ini bergantung kepada berapa ramai yang telah anda taja dan berapa jumlah top-up yang anda gunakan sebulan. Semakin banyak anda top-up semakin banyak peratus bonus daripada top-up downline anda yang anda akan perolehi. 

3. Bonus Pendaftaran / Fast Track
Anda akan memperolehi bonus ini setiap kali anda mendaftarkan kenalan baru. Seperti gambar di sebelah, setiap kali anda mendaftarkan pengguna baru, anda layak menerima bonus ini. setiap seorang yang berdaftar di bawah no.ID anda, anda akan mendapat RM15.00 sebagai bonus dari syarikat sebagai tanda terima kasih pada anda, kerana menambah pengguna simkad Tone excel. Jika pengguna tersebut top-up RM30.00 dalam bulan ia berdaftar, bonus fast-track anda akan ditambah RM10.00 dengan jumlah keseluruhan RM25.00.

Perhatian: 
(1) Setiap pengguna baru yang anda taja / ajak joint guna simkad ini pastikan berdaftar di bawah no.ID. no.ID anda boleh dirujuk melalui halaman Self Care anda, dan cara mendaftarkan ahli baru rujuk halaman Panduan Pendaftaran. 
(2) Maklumat bonus fast-track tidak sama seperti dalam gambar kerana ianya telah diupdate dari pihak HQ bermula tahun 2017. 
(3) Bonus fast track ini akan dibayar mengikut tarikh pengguna baru berdaftar. Jika pendaftaran mereka pada 1 hingga 15 hari bulan, bonus akan dibayar pada hujung bulan. dan jika pendaftaran dibuat pada 16 hingga 31 hari bulan, bonus akan dibayar pada 10hb (bulan berikutnya).

4 Bonus Penajaan
Ahli program ini layak menerima bonus penajaan apabila sepanjang tahun kita menyumbangkan pengguna baru kepada syarikat.
Contohnya.
Pada tahun 2017, saya telah menaja 6 orang pengguna baru untuk menggunakan simkad tone excel. Dan komisyen top-up bulanan saya adalan RM50.00 sebulan. Jika Bonus 15% x RM 50.00 Bonus penajaan yang saya akan terima pada 21hb Januari 2018 adalah sebanyak RM 7.50.

Perhatian: 
(1) Jika anda memilih untuk menjadi pengguna simkad sahaja. anda telah layak menerima bonus yang pertama:BonusTop-up sebagai pengguna. (Cash Back)
(2) Jika anda memilih untuk menjadi pengedar simkad (membuat perniagaan dengan tone excel) anda layak untuk menerima keempat-empat bonus yang tersenarai di atas. Pilihan di tangan anda. selamat maju jaya.